Powered by Blogger.
RSS

salam Rejab. :)

assalamualaikum. :)

sekarang dunia akhir zaman,
fitnah berleluasa.
zaman Imam Ghazali dulu pun, dah ade hadith-hadith palsu. (correct me if i'm wrong. i'm just using my weak memory here.)
sekarang lagi la, senang sangat.
lagi-lagi facebook. orang duk share-share. status-status.
yep. memang benda baik.
contoh, puasa hari sekian sekian dapat pahala banyak.
ibadat puasa itu sendiri, memang digalakkan pun. ibadat sunat.
tapi bile kite cakap, "haaa Rasulullah SAW cakap...." tapi sebenarnye Rasulullah tak cakap pun.
"hadith pernah menyebut..." tapi kita tak tahu tu hadith sahih ke hadith da'if.
kite dah buat fitnah besar tanpa kita sedar.
Nauzubillahiminzalik.

peringatan untuk diri sendiri jugak.
sama-sama kita beringat.

terima kasih buat Ustaz Adam, perkongsian kat masjid lepas solat Maghrib tadi.
banyak lagi die kongsi.
tapi.... blame on me sebab tak catat.
mase tu ingat la. tapi tengok, sekarang dah lupa.
tapi alhamdulillah ingat lagi bila dia tekankan pasal hadith-hadith ni tadi.

this is new routine. doakan saya istiqamah.



insyaAllah.
bile baca ni, insyaAllah boleh dipercayai. :)

shared from facebook.

credit to Syarifah Fatimah Al-Yahya.
Alhamdulillah Selasa -220512- sudah 1 Rejab 1433 & kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini. Jangan lepaskannya ツ.

♥ Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

✉ ••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

✉ ••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

♥ Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita. Dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala.

♥ Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga sempat bersua dengannya, amin


credit to mek Ecah Nani. nama comey die.
nama cung die Aisyah Hanani. *sile masuk list nama anak-anak solehah ye*
pencari info yang sangat hebbaakk!

insyaAllah. dah baca doa tu? :)
baca tau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: